Apa itu Radiesse ?

RADIESSE® and RADIESSE® (+) ?


Radiesse® and Radiesse® (+) adalah “dermal fillers” (pengisi kulit) yang digunakan untuk melicinkan secara sederhana untuk kedutan muka yang teruk dan lipatan seperti “nasolabial folds” (lipatan yang memanjang dari sudut hidung hingga ke sudut mulut). “Radiesse” juga digunakan untuk membetulkan belakang tangan agar nampak lebih cantik.


RADIESSE® and RADIESSE® (+) MAKLUMAT KESELAMATAN PENTING


Siapa yang tidak boleh menggunakan “Radiesse”?

Individu yang mempunyai apa-apa alahan terhadap sesuatu produk, pernah mempunyai sejarah alahan yang teruk, pernah mengalami gangguan pendarahan, sedang hamil atau menyusukan bayi. Individu yang mengalami alahan terhadap “lidocaine” atau ubat-ubatan juga tidak boleh menggunakan “Radiesse”


Apakah maklumat yang paling penting yang perlu saya tahu tentang RADIESSE® dan RADIESSE® (+)?

Salah satu risiko apabila menggunakan produk-produk ini adalah suntikan ke dalam saluran darah yang tidak disengajakan. Kemungkinan perkara ini untuk berlaku adalah sangat kecil, tetapi jika ia berlaku, komplikasi boleh menjadi serius, dan mungkin kekal. Antara komplikasi yang telah dilaporkan untuk suntikan muka, termasuk ketidak mampuan penglihatan, buta, strok, kudis sementara, atau parut kekal pada kulit. Jika anda merasa perubahan dalam penglihatan anda, tanda-tanda strok (termasuk kesukaran bercakap secara tiba-tiba, kebas atau kelemahan di muka, lengan, atau kaki, kesukaran untuk berjalan, muka melabuh, sakit kepala yang teruk, pening, atau kekeliruan), muka pucat atau sakit luar biasa semasa atau sejurus selepas rawatan, anda perlu memaklumkan kepada doctor dengan segera.

Seperti semua prosedur yang melibatkan suntikan melalui kulit, terdapat risiko terkena jangkitan.

Jangan gunakan RADIESSE® atau RADIESSE® (+) jika anda mempunyai jangkitan kulit sehingga penyakit itu sembuh.

Ia adalah tidak diketahui jika RADIESSE® atau RADIESSE® (+) selamat atau berkesan di  bibir, atau di kawasan di sekitar mata.

“Microspheres” dalam RADIESSE® dan RADIESSE® (+) boleh dilihat dalam X-ray dan CT Scan. Ia adalah sangat penting untuk anda memberitahu doctor bahawa anda mempunyai RADIESSE® atau RADIESSE® (+) “dermal filler”.

Jika anda mempunyai sejarah herpes, anda mungkin mengalami “herpes breakout” selepas menerima RADIESSE® atau RADIESSE® (+).

Suntikan di belakang tangan boleh menyebabkan kesukaran sementara untuk melaksanakan aktiviti. RADIESSE® boleh menyebabkan bengkak, lebam atau ketulan di belakang tangan dan boleh bertahan sehingga 1 tahun.

Anda perlu mengurangkan aktiviti yang berat dan mengelakkan matahari atau pendedahan haba selama kira-kira 24 jam selepas rawatan dan sehingga sebarang bengkak atau kemerahan telah baik.


Apakah yang perlu saya beritahu doktor sebelum menggunakan RADIESSE® atau RADIESSE® (+)?

Beritahu doktor jika anda mengambil sebarang ubat pencair darah atau ubat-ubatan yang boleh mengganggu pembekuan darah, seperti aspirin atau warfarin. Ubat-ubatan ini mungkin akan menyebabkan anda mengalami lebam atau pendarahan di tempat suntikan. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai apa-apa penyakit, kecederaan atau kecacatan tangan, jika anda mempunyai sejarah penyakit, parut atau jika anda mengambil apa-apa rawatan kulit yang lain seperti “skin peels”


Apakah peristiwa-peristiwa buruk yang paling biasa dengan RADIESSE® atau RADIESSE® (+)?

Peristiwa-peristiwa buruk yang paling biasa dilihat dalam kajian klinikal RADIESSE® digunakan di tangan termasuk lebam, kemerahan, bengkak, sakit, gatal-gatal, bengkak kecil atau lebam / ketulan, kesukaran menjalankan aktiviti, kehilangan sensasi dan kesan sampingan yang lain. Peristiwa-peristiwa buruk yang paling biasa dilihat dalam kajian klinikal RADIESSE® atau RADIESSE® (+) yang digunakan di muka termasuk lebam, kemerahan, bengkak, sakit, gatal-gatal dan kesan sampingan yang lain.

Tidak semua kesan-kesan sampingan ini akan terjadi dengan menggunakan RADIESSE® atau RADIESSE® (+). Maklumat ini dikumpul mengenai kejadian buruk dengan RADIESSE® atau RADIESSE® di luar kajian klinikal.

Hubungi rangkaian Marissa Aesthetic atau kunjungi kami

Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Hotline 03-87234808 /013-2448484

Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Hotline 03-55233505/013-3881353

Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
 25200 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5315652/017-3894748

Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89289334/013-3351353

Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: 06-2884843/013-2281353

Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang, 
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: 013-388 0987

Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya,  Senawang
 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-6753707/013-8861484

SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.

Tel: 04-9161878/019-470171

No comments:

Post a Comment