RADIESSE®
and RADIESSE® (+) ?
Radiesse®
and Radiesse® (+) adalah “dermal fillers” (pengisi kulit) yang digunakan untuk
melicinkan secara sederhana untuk kedutan muka yang teruk dan lipatan seperti “nasolabial
folds” (lipatan yang memanjang dari sudut hidung hingga ke sudut mulut). “Radiesse”
juga digunakan untuk membetulkan belakang tangan agar nampak lebih cantik.
RADIESSE®
and RADIESSE® (+) MAKLUMAT KESELAMATAN PENTING
Siapa
yang tidak boleh menggunakan “Radiesse”?
Individu
yang mempunyai apa-apa alahan terhadap sesuatu produk, pernah mempunyai sejarah
alahan yang teruk, pernah mengalami gangguan pendarahan, sedang hamil atau
menyusukan bayi. Individu yang mengalami alahan terhadap “lidocaine” atau
ubat-ubatan juga tidak boleh menggunakan “Radiesse”
Apakah
maklumat yang paling penting yang perlu saya tahu tentang RADIESSE® dan
RADIESSE® (+)?
Salah
satu risiko apabila menggunakan produk-produk ini adalah suntikan ke dalam
saluran darah yang tidak disengajakan. Kemungkinan perkara ini untuk berlaku
adalah sangat kecil, tetapi jika ia berlaku, komplikasi boleh menjadi serius,
dan mungkin kekal. Antara komplikasi yang telah dilaporkan untuk suntikan muka,
termasuk ketidak mampuan penglihatan, buta, strok, kudis sementara, atau parut
kekal pada kulit. Jika anda merasa perubahan dalam penglihatan anda,
tanda-tanda strok (termasuk kesukaran bercakap secara tiba-tiba, kebas atau
kelemahan di muka, lengan, atau kaki, kesukaran untuk berjalan, muka melabuh,
sakit kepala yang teruk, pening, atau kekeliruan), muka pucat atau sakit luar
biasa semasa atau sejurus selepas rawatan, anda perlu memaklumkan kepada doctor
dengan segera.
Seperti
semua prosedur yang melibatkan suntikan melalui kulit, terdapat risiko terkena jangkitan.
Jangan
gunakan RADIESSE® atau RADIESSE® (+) jika anda mempunyai jangkitan kulit
sehingga penyakit itu sembuh.
Ia
adalah tidak diketahui jika RADIESSE® atau RADIESSE® (+) selamat atau berkesan
di bibir, atau di kawasan di sekitar
mata.
“Microspheres”
dalam RADIESSE® dan RADIESSE® (+) boleh dilihat dalam X-ray dan CT Scan. Ia
adalah sangat penting untuk anda memberitahu doctor bahawa anda mempunyai
RADIESSE® atau RADIESSE® (+) “dermal filler”.
Jika
anda mempunyai sejarah herpes, anda mungkin mengalami “herpes breakout” selepas
menerima RADIESSE® atau RADIESSE® (+).
Suntikan
di belakang tangan boleh menyebabkan kesukaran sementara untuk melaksanakan aktiviti.
RADIESSE® boleh menyebabkan bengkak, lebam atau ketulan di belakang tangan dan
boleh bertahan sehingga 1 tahun.
Anda
perlu mengurangkan aktiviti yang berat dan mengelakkan matahari atau pendedahan
haba selama kira-kira 24 jam selepas rawatan dan sehingga sebarang bengkak atau
kemerahan telah baik.
Apakah yang perlu saya beritahu doktor
sebelum menggunakan RADIESSE® atau RADIESSE® (+)?
Beritahu
doktor jika anda mengambil sebarang ubat pencair darah atau ubat-ubatan yang
boleh mengganggu pembekuan darah, seperti aspirin atau warfarin. Ubat-ubatan
ini mungkin akan menyebabkan anda mengalami lebam atau pendarahan di tempat
suntikan. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai apa-apa penyakit, kecederaan
atau kecacatan tangan, jika anda mempunyai sejarah penyakit, parut atau jika
anda mengambil apa-apa rawatan kulit yang lain seperti “skin peels”
Apakah peristiwa-peristiwa buruk yang
paling biasa dengan RADIESSE® atau RADIESSE® (+)?
Peristiwa-peristiwa
buruk yang paling biasa dilihat dalam kajian klinikal RADIESSE® digunakan di tangan termasuk lebam, kemerahan,
bengkak, sakit, gatal-gatal, bengkak kecil atau lebam / ketulan, kesukaran
menjalankan aktiviti, kehilangan sensasi dan kesan sampingan yang lain. Peristiwa-peristiwa
buruk yang paling biasa dilihat dalam kajian klinikal RADIESSE® atau RADIESSE®
(+) yang digunakan di muka termasuk
lebam, kemerahan, bengkak, sakit, gatal-gatal dan kesan sampingan yang lain.
Tidak
semua kesan-kesan sampingan ini akan terjadi dengan menggunakan RADIESSE® atau
RADIESSE® (+). Maklumat ini dikumpul mengenai kejadian buruk dengan RADIESSE®
atau RADIESSE® di luar kajian klinikal.
Hubungi
rangkaian Marissa Aesthetic atau kunjungi kami
Marissa
Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1,
Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih
Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Hotline
03-87234808 /013-2448484
Marissa
Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman
Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah
Alam. Selangor
Hotline
03-55233505/013-3881353
Marissa
Aesthetic Kuantan
No 48A,
1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
25200
Kuantan, Pahang
Tel:
09-5315652/017-3894748
Marissa
Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02
Plaza Paragon Point,
Jalan
Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel:
03-89289334/013-3351353
Marissa
Aesthetic Melaka
No 86,
Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: 06-2884843/013-2281353
Marissa
Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang,
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: 013-388 0987
Marissa
Aesthetic Senawang
42-2A,
Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya, Senawang
70450
Seremban, Negeri Sembilan
Tel:
06-6753707/013-8861484
SOHO Kedah
B-2-3,
Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.
Tel:
04-9161878/019-470171